Tahukah
anda 90 peratus manusia menggunakan kasut tidak sesuai dengan saiz serta
keadaan kaki. Tahukah anda juga secara purata seorang manusia akan berjalan
empat kali pusingan dunia seumur hidupnya. Oleh itu pemilihan kasut yang sesuai
amat penting untuk memelihara kaki di samping dapat menyerlahkan penampilan
anda.
Berikut
adalah Tips yang dapat membantu anda untuk memilih kasut sebelum anda
membelinya agar kaki anda selesa dan terpelihara ketika memakainya.
1.Waktu terbaik untuk membeli kasut ialah pada tengahari kerana di waktu ini kaki
manusia mengembang atau lebih besar dari biasa.
2.Kedua
kaki manusia tidak sama besar di mana sebelah kaki adalah lebih besar dari yang
satu lagi. Pastikan anda membeli kasut mengikut keselesaan kaki yang lebih
besar.
3.Pilih kasut yang besar pada bahagian depannya untuk keselesaan jari.
4.Pastikan tumit dan tapak kaki anda selesa memakainya. Permukaan kasut anda
sebaiknya lebih lembut dan tidak keras untuk memastikan keselesaan kaki.
5.Usah pakai kasut
tumit tinggi kerana ianya menyebabkan struktur badan anda tidak stabil.







No comments:
Post a Comment