Kekayaan, Kejayaan Atau Kasih Sayang?
Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila
dia terlihat tiga orang
lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna putih
sedang duduk dihalaman
rumahnya. Dia tidak kenal akan mereka. Wanita itu
bertanya, " Saya tidak fikir saya mengenali awak semua, tetapi saya pasti
awak semua mesti sedang lapar. Silalah masuk kerumah saya dan makan sesuatu." "Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya.
"Tidak", wanita itu berkata. "Suami saya telah
keluar."
"Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawap.
Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu,
wanita itu pun
memberitahunya kejadian tersebut.
"Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan
menjemput mereka masuk
kedalam sekarang!"
Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki
tua itu masuk ke dalam.
"Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama,"
mereka menjawap.
"Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu.
Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan :
"Namanya ialah Kekayaan," Dia berkata sambil
menunjuk ke arah salah seorang
kawannya, dan beralih menunjuk kearah kawan yang
seorang lagi, " Dia adalah
Kejayaan, dan saya adalah Kasih Sayang."
Dia menyambung lagi, "Sekarang masuklah semula
kedalam rumah dan
berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara
kami bertiga yang kamu
ingin jemput kedalam rumah."
Wanita itu pun masuk semula kedalam dan memberitahu
suaminya perkara
tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira.
"Bagusnya!!" dia berkata.
"Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia
masuk dan mengisi rumah
kita ini dengan Kekayaan!"
Isterinya tidak berset uju. "Abang, kenapa pula kita
tidak menjemput
Kejayaan?"
Kebetulan, menantu perempuan mereka juga sedang
mendengar perbualan itu dari
satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan
memberikan pandangannya :
"Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih
Sayang? Rumah kita ini
pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!"
"Biarlah kita mengikut nasihat menantu kita itu,"
kata suami itu kepada
isterinya.
"Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu
kita."
Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga
lelaki tua, "Yang mana satu
diantara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan
jadi tetamu kami."
Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah.
Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutinya. Terperanjat,
wanita itu pun bertanya
kepada Kekayaan dan Kejayaan :
"Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga
ikut sekali?"
Mereka semua menjawab: "Jika awak menjemput samada
Kekayaan atau Kejayaan,
yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana
awak telah menjemput Kasih
Sayang, kemana-mana sahaja dia pergi, kami akan
pergi bersamanya.Dimana ada
Kasih Sayang, disitu juga ada Kekayaan dan
` Kejayaan!"







No comments:
Post a Comment