Gembira rasanya dapat pergi bercuti sekali lagi ke China
bersama rakan-rakan sepejabat. Kali ini Kunming-China menjadi pilihan kami
pergi bercuti kerana Kunming merupakan tempat perlancongan yang terkenal dengan
pemandangan yang cantik dan menarik. Saya berada di Kunming selama 4hr 3mlm dan
bertolak pada pagi jumaat pada jam 7.00 pagi
dengan menaiki kapal terbang di KLIA.
Alhamdulilah sudah sampai ke Kunming pada pukul 12.00 tengah
hari walaupun lewat berikutan cuaca yang hujan di sana. Kami menginap di hotel New Era Hotel yang
menpunyai 277 bilik , setinggi 28 tingkat dan menpunyai keluasan kira-kira
12,000 kaki persegi .
Pada malam itu saya telah menyaksikan persembahan musical
yang hebat dan menarik di Dynamic Yunnan Evening Show.
![]() |
| Dynamic Yunnan Evening Show |
![]() |
| Bidadari yang cantik sedang menari |
Hari kedua saya bersama mereka untuk pergi ke aktiviti yang
kedua iaitu Jiuxiang Karst Cave yang
merupakan gua yang tertua selama 600 juta yang lalu. Menjejakkan kaki ke dalam
gua ini amat mencabar kerana jalan yang licin dan berliku tetapi saya terpesona
dengan kecantikan ke dalam gua ini dengan deruan air terjun yang jernih dan
sejuk bersama kerlipan lampu –lampu neon. Walaupun penat tetapi ia berbaloi
dengan pengalaman yang hebat ini.
| hehe...sempat lagi bergambar..... |
![]() |
| Keadaan di dalam gua yang amat seram |
Aktiviti seterusnya kami telah pergi ke Stone Forest yang terletak
120 kilometers dari Kunming dan memerlukan 3jam untuk sampai ke sana. Stone
Forest meliputi 400 square kilometers (96,000 acres) dan termasuk Stone forest
yang besar dan kecil .
| Bergambar bersama seluruh warga KOWAJA dan RCE MARKETING |
| Sempat lagi bergambar bersama pelancong china |
| Stone Forest |
Setelah itu,kami mejamu selera di salah satu restoran islam
yang terkenal iaitu Alladin Restaurant. Restoran ini meyediakan makanan islam
yang halal dan sedap.
Hari ketiga kami telah berjalan-jalan ke Yunnan Ethnic
Villages yang terletak kira-kira 6 kilometers dari Kunming yang terkenal dengan
Western Mountains Scenic Area. Perkampungan yang banyak dengan sejarah sambil
mencuci mata dengan permandangan yang cantik dan mendamaikan.
![]() |
| rumah ethnic yang cantik |
![]() |
| Di perkampungan Yunnan Ethnic Village |
Pada malam itu,kami telah menghabiskan masa dengan
bershopping di Nanping Pedestrian Street dengan membeli buah tangan untuk
keluaga dan kawan-kawan rapat di sini
nanti. Rambang mata di buatnya dengan pelbagai barangan dijual dengan harga
yang murah dan berpatutan.
Hari keempat hari yang terakhir kami berada di Kunming china
dan bersiap-siap untuk kembali balik ke Kuala Lumpur.












No comments:
Post a Comment