Orang yang berpenyakit hati, pemikirannya sentiasa negatif.
Apa saja dilakukan oleh orang lain semuanya dipandang
pelik, salah dan meragukan. Akhirnya, orang lain bahagia dengan hidupnya, dia
pula menderita tiada sudahnya. Alam yang terbentang luas serasa begitu sempit
menyesakkan. Itu baru hukum dunia. Hukuman psikologi. Jika dalam psikologi,
istilah yang munkin sesuai adalah personaliti 'narcissistic'.
Sesekali kita memang perlu berfikiran secara negatif tetapi
dalam kerangka pemikiran yang luas dan terbuka. Justeru, andai suatu masa
tiba-tiba pemikiran sentiasa negatif sepanjang masa, maka berhati-hatilah. Itu
petanda jiwa sedang bermasalah dan perlu diubati segera.
Kesimpulannya, selalulah berbaik sangka atau berfikiran
secara positif, terbuka, matang lagi bijaksana. Buat keputusan berdasarkan ilmu
dan fakta yang ada, dan bukan hanya pada sangkaan semata-mata. Orang yang
selalu berbaik sangka lazimnya terdiri dari manusia yang beriman, ikhlas lagi
lurus jiwanya. Namun, usah menyangka bahawa mereka ini lurus bendul serta mudah
diperkotak-katikkan. Berhati-hatilah dengan firasat mereka yang tajam.. kerana
mereka ini melihat bukan hanya dengan dua mata... dan mendengar.. bukan hanya
dengan dua telinga.







No comments:
Post a Comment