1. Jangan Komen, Jangan Komplen, Jangan Ngomel.
Mengomen
dan mengomplen pada setiap situasi, benda dan perkara adalah perbuatan buruk
kerana Anda menyatakan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu. Apabila situasi
berlaku di luar jangkaan atau masalah timbul tanpa disangka, jangan komen,
jangan komplen, jangan mengomel sampai ke laut. Biarkan ia seadanya, biarkan
begitu saja. Dah kita tak boleh nak buat apa untuk mengubahnya. Latih diri Anda
untuk tidak mempersoalkan. Untuk menjaga fikiran positif, jangan komen,jangan
komplen,jangan ngomel.
2. Berhenti
Bercakap Seolah-olah Anda Tahu.
Cakap hanya apabila Anda tahu, diam
apabila Anda tidak tahu, seperti kami pernah ulang di artikel-artikel lalu.
Elak banyak bercakap seolah-olah Anda banyak tahu untuk membuat diri Anda
menonjol, nampak hebat gitu. Hanya orang dengan harga diri rendah mahu membuat
dirinya menonjol sebab mereka kurang ada kredibiliti. Banyak bercakap kelebihan
diri sendiri adalah sikap negatif, berpunca dari fikiran negatif, diapikan oleh
ego. Hentikan, supaya Anda dapat ‘maintain’ berfikiran positif. Bila bercakap,
lebihkan menyokong, elak mengkondem!
3. Berhenti
Salahkan Luaran, Salahkanlah Dalaman.
Berhenti salahkan seseorang, salahkan
Tuhan, salahkan pemimpin, salahkan kawan, salahkan adik-beradik atau apa saja
di luar diri Anda. Berhenti menyalahkan atau menuding jari pada orang lain atas
apa yang berlaku. Tips ini berkait dengan tips pertama tadi. Berhenti mengomen,
berhenti mengomplen, berhenti menyalahkan. Salahkan dalaman iaitu diri Anda
sendiri kerana tidak berinisiatif memfokus kepada penyelesaian. Salahkan diri
Anda kerana tidak memainkan peranan.
Sebagai contoh, jika Anda dilanda
masalah kewangan, salahkan diri sendiri kerana tidak bekerja kuat dan tidak
bekerja dengan lebih bijak. Jika Anda wanita dan Anda perasan suami Anda tidak
melayan Anda berbeza dari dulu, salahkan diri sendiri kerana tidak menjaga
kecantikan dan tidak mengambil inisittif mencantikkan lagi kecantikan sedia
ada, untuk senangkan hati suami Anda.
4. Jangan Hanya Mahu Dihormati Oleh
Semua, Tapi hormatilah Semua, Walau Siapapun Dia!.
Orang
berfikiran negatif hanya mahu dihormati. Orang berfikiran positif hormat semua
orang dan sikap hormat itu tidak dilakonkan, ia lahir dari hati. Setiap orang
disekeliling dihormati tanpa mengira jawatan, harta dan darjat, walau orang tu
makcik cleaner sahaja. Orang berfikiran negatif hanya mahu dihormati sebab
mereka dikuasai ego. Untuk menjaga fikiran positif, belajarlah menghormati
sesiapa saja. Anda akan perasan Anda makin bersemangat untuk maju ke depan.
5. Ingat Sikap-sikap Buruk Anda, Tekadlah Mengubahnya.
Jika
sikap buruk Anda adalah suka bertangguh, tulis di atas kertas dengan ayat “aku
mahu ubah sikap bertangguh”. Baca tulisan tu berpuluh-puluh kali sehari. Lepas
tu, buat apa yang Anda tulis.
Tiap
kali rasa nak bertangguh, latih diri untuk tidak bertangguh. Seboleh mungkin,
elak bertangguh, sebagai langkah Anda komited nak mengubah sikap suka
bertangguh.
Untuk
membina sikap positif, fikiran Anda kena sama dengan perbuatan dan percakapan
Anda. Fikiran kena sentiasa bersangka baik, perbuatan kena dibentuk supaya menjadi
baik-baik, perkataan di mulut pun kena baik. Barulah Anda dapat menjaga fikiran
positif yang Anda dah bina.
SELAMAT BERAMAL







No comments:
Post a Comment