Sunday, 15 July 2012

Company Trip- Kunming China

Gembira rasanya dapat pergi bercuti sekali lagi ke China bersama rakan-rakan sepejabat. Kali ini Kunming-China menjadi pilihan kami pergi bercuti kerana Kunming merupakan tempat perlancongan yang terkenal dengan pemandangan yang cantik dan menarik. Saya berada di Kunming selama 4hr 3mlm dan bertolak pada pagi jumaat pada jam 7.00 pagi  dengan menaiki kapal terbang di KLIA.
Alhamdulilah sudah sampai ke Kunming pada pukul 12.00 tengah hari walaupun lewat berikutan cuaca yang hujan di sana.  Kami menginap di hotel New Era Hotel yang menpunyai 277 bilik , setinggi 28 tingkat dan menpunyai keluasan kira-kira 12,000 kaki persegi .

Pada malam itu saya telah menyaksikan persembahan musical yang hebat dan menarik di Dynamic Yunnan Evening Show. 

Dynamic Yunnan Evening Show

Bidadari yang cantik  sedang menari

Hari kedua saya bersama mereka untuk pergi ke aktiviti yang kedua iaitu  Jiuxiang Karst Cave yang merupakan gua yang tertua selama 600 juta yang lalu. Menjejakkan kaki ke dalam gua ini amat mencabar kerana jalan yang licin dan berliku tetapi saya terpesona dengan kecantikan ke dalam gua ini dengan deruan air terjun yang jernih dan sejuk bersama kerlipan lampu –lampu neon. Walaupun penat tetapi ia berbaloi dengan pengalaman yang hebat ini.


hehe...sempat lagi bergambar.....


Keadaan di dalam gua yang amat seram

Aktiviti seterusnya kami telah pergi ke Stone Forest yang terletak 120 kilometers dari Kunming dan memerlukan 3jam untuk sampai ke sana. Stone Forest meliputi 400 square kilometers (96,000 acres) dan termasuk Stone forest yang besar dan kecil .

Bergambar bersama seluruh warga KOWAJA dan RCE MARKETING


Sempat lagi bergambar bersama pelancong china

Stone Forest

Setelah itu,kami mejamu selera di salah satu restoran islam yang terkenal iaitu Alladin Restaurant. Restoran ini meyediakan makanan islam yang halal dan sedap.
Hari ketiga kami telah berjalan-jalan ke Yunnan Ethnic Villages yang terletak kira-kira 6 kilometers dari Kunming yang terkenal dengan Western Mountains Scenic Area. Perkampungan yang banyak dengan sejarah sambil mencuci mata dengan permandangan yang cantik dan mendamaikan.

rumah ethnic yang cantik

Di perkampungan Yunnan Ethnic Village

Pada malam itu,kami telah menghabiskan masa dengan bershopping di Nanping Pedestrian Street dengan membeli buah tangan untuk keluaga dan kawan-kawan rapat  di sini nanti. Rambang mata di buatnya dengan pelbagai barangan dijual dengan harga yang murah dan berpatutan.

Bagi makan carrot kepada gajah kunming yang comel

Hari keempat hari yang terakhir kami berada di Kunming china dan bersiap-siap untuk kembali balik ke Kuala Lumpur.


Teka teki dari Iman al Ghazali

https://docs.google.com/open?id=0BwgEUL1fLTveQTZCQkxDN1ZtR2c

Powerpoint prensentation- Baju Kurung

https://docs.google.com/open?id=0BwgEUL1fLTveVmFEZDBkYXhQd2M

Mail merge tugasan- Slip Keputusan Peperiksaan

https://docs.google.com/open?id=0BwgEUL1fLTveY0xtQ3U1Y0hiaEk

Friday, 13 July 2012

what a beauty life....be love it






Sharing is Caring








ANTARA 3 PILIHAN.....MANA PILIHAN ANDA..


Kekayaan, Kejayaan Atau Kasih Sayang?

Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila
 dia terlihat tiga orang
 lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna putih
 sedang duduk dihalaman
rumahnya. Dia tidak kenal akan mereka. Wanita itu
bertanya, " Saya tidak fikir saya mengenali awak semua, tetapi saya pasti
 awak semua mesti sedang lapar. Silalah masuk kerumah saya dan makan sesuatu."   "Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya.
 "Tidak", wanita itu berkata. "Suami saya telah
 keluar."
 "Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawap.
 Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu,
 wanita itu pun
 memberitahunya kejadian tersebut.

 "Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan
 menjemput mereka masuk
 kedalam sekarang!"
 Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki
 tua itu masuk ke dalam.
 "Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama,"
 mereka menjawap.
 "Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu.
 Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan :
 "Namanya ialah Kekayaan," Dia berkata sambil
 menunjuk ke arah salah seorang
 kawannya, dan beralih menunjuk kearah kawan yang
 seorang lagi, " Dia adalah
 Kejayaan, dan saya adalah Kasih Sayang."
 Dia menyambung lagi, "Sekarang masuklah semula
 kedalam rumah dan
 berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara
 kami bertiga yang kamu
 ingin jemput kedalam rumah."
 Wanita itu pun masuk semula kedalam dan memberitahu
 suaminya perkara
 tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira.

 "Bagusnya!!" dia berkata.

"Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia
 masuk dan mengisi rumah
 kita ini dengan Kekayaan!"

Isterinya tidak berset uju. "Abang, kenapa pula kita
 tidak menjemput
 Kejayaan?"
 Kebetulan, menantu perempuan mereka juga sedang
 mendengar perbualan itu dari
 satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan
 memberikan pandangannya :
 "Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih
 Sayang? Rumah kita ini
 pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!"

"Biarlah kita mengikut nasihat menantu kita itu,"
 kata suami itu kepada
 isterinya.
 "Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu
 kita."

Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga
 lelaki tua, "Yang mana satu
 diantara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan
 jadi tetamu kami."
 Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah.
 Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutinya. Terperanjat,
 wanita itu pun bertanya
 kepada Kekayaan dan Kejayaan :
 "Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga
 ikut sekali?"

Mereka semua menjawab: "Jika awak menjemput samada
 Kekayaan atau Kejayaan,
 yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana
 awak telah menjemput Kasih
 Sayang, kemana-mana sahaja dia pergi, kami akan
 pergi bersamanya.Dimana ada
 Kasih Sayang, disitu juga ada Kekayaan dan
` Kejayaan!"

Merawat Hati yang Sakit

Orang yang berpenyakit hati, pemikirannya sentiasa negatif.

 


 Apa saja dilakukan oleh orang lain semuanya dipandang pelik, salah dan meragukan. Akhirnya, orang lain bahagia dengan hidupnya, dia pula menderita tiada sudahnya. Alam yang terbentang luas serasa begitu sempit menyesakkan. Itu baru hukum dunia. Hukuman psikologi. Jika dalam psikologi, istilah yang munkin sesuai adalah personaliti 'narcissistic'.

Sesekali kita memang perlu berfikiran secara negatif tetapi dalam kerangka pemikiran yang luas dan terbuka. Justeru, andai suatu masa tiba-tiba pemikiran sentiasa negatif sepanjang masa, maka berhati-hatilah. Itu petanda jiwa sedang bermasalah dan perlu diubati segera. 

Kesimpulannya, selalulah berbaik sangka atau berfikiran secara positif, terbuka, matang lagi bijaksana. Buat keputusan berdasarkan ilmu dan fakta yang ada, dan bukan hanya pada sangkaan semata-mata. Orang yang selalu berbaik sangka lazimnya terdiri dari manusia yang beriman, ikhlas lagi lurus jiwanya. Namun, usah menyangka bahawa mereka ini lurus bendul serta mudah diperkotak-katikkan. Berhati-hatilah dengan firasat mereka yang tajam.. kerana mereka ini melihat bukan hanya dengan dua mata... dan mendengar.. bukan hanya dengan dua telinga.