Sunday, 8 April 2012

Tentang diri saya (:

Assalamualaikum :)




Hi , ini adalah pertama kali saya membuat blog . Pertama , saya ingin memperkenalkan diri saya terlebih dahulu . Nama saya Nor Fazilah Binti Che Fazin . Umur saya 27 tahun , masih muda kan ? Hehe . Kalau nak tahu , hari lahir saya jatuh pada hari MALAYSIA iaitu pada 16 september. Oleh itu , pada setiap sambutan hari Malaysia , kita semua akan bercuti dan berehat . Beruntung kan saya ? :) Saya tinggal di Sungai Cincin , Gombak . Saya mempunyai 3 orang adik beradik . 2 perempuan dan 1 lelaki . Saya merupakan anak sulung daripada 3 adik beradik . Ibu saya merupakan suri rumah sepenuh masa dan merupakan tulang belakang kami sekeluarga. Untuk pengetahuan semua , ayah saya yang amat disayangi dan dikasihi  telah meniggal dunia pada tahun 2005 (sedekahkan Al-fatihah) kami sekeluarga amat sedih atas pemergian ayah saya .Kini saya telah bergelar sebagai Mak Long kerana mempunyai seorang anak buah buat pada pertama kalinya. Sungguh comel dan tersentuh melihat keletahan anak buah saya. 



My Collection Department
Saya telah bekerja di Koperasi Kowaja selama 6 tahun sebagai pegawai kutipan . Koperasi Kowaja merupakan sebuah syarikat yang memberikan pinjaman peribadi kepada kakitangan kerajaan dan pihak swasta .Saya amat gembira dengan kerjaya yang saya miliki  sekarang . Kerjaya saya sebagai pegawai kutipan menuntut saya untuk membuat laporan kewangan kepada pengurus dan pihak pengurusan . Pekerjaan ini agak mencabar bagi saya untuk memastikan segala pembayaran dapat dilaksanakan setiap bulan mengikut potongan gaji mereka . Apa pun , saya  bersyukur dan berterima kasih atas rezeki yang telah Allah berikan kepada saya.


The prizes
Membaca novel,menonton wayang,bermain bowling serta bermain futsal menrupakan aktiviti kegemaran saya diwaktu lapang.Penulis novel yang paling saya minati ialah Siti Rosmizah dan hampir kesemua novel oleh beliau saya telah memilkinya.Saya amat tertarik dengan cara penulisan dalam karya beliau.Antara koleksi novel beliau yang saya miliki ialah Cinta Kau dan Aku, Andai itu Takdirnya dan novel beliau yang paling laris dipasaran ialah 7hari mencari cinta.Aktiviti lain seperti menonton wayang dan bermain bowling  serta futsal merupakan aktiviti bulanan bersama kawan-kawan saya. Pada kebiasanya kami akan bersama-sama akan menluangkan masa untuk keluar dan berlibur. Dengan aktiviti ini,saya dapat merapatkan hubungan kami dengan bertukar pendapat,cerita serta berkongsi pengalaman selain dapat mengekalkan stamina.

my team bowling :)
My futsal team

Champion team , huhu .



No comments:

Post a Comment