Cantik itu penting tetapi tidak usah terlalu
dipentingkan. Ada orang hingga tidak sanggup keluar dari rumah kerana merasakan dirinya tidak cantik. Bagi wanita
kecantikan adalah syarat hidup sempurna, sebenarnya bagi lelaki wanita cantik
bukan syarat kebahagiaan.Lelaki yang mudah terpegun dengan kecantikan selalunya
tidak setia. Apabila pasangannya mula
kelihatan hodoh, dia mudah terkalih perasaan. Tika itu dia mungkin merasakan
cintanya telah tawar dan hanya manis kembali tatkala melihat wanita-wanita
cantik di sekelilingnya.
Tidak usah perangkap lelaki dengan kecantikan anda yang
palsu. Ramai wanita menghiasi wajahnya terlalu hingga memangsakan ramai lelaki
tetapi kemudian ditinggalkan setelah wajah sebenar terserlah. Sudah tentu anda
tidak mampu bersolek tebal 24 jam. Tapi itulah yang anda lakukan tatkala di
alam percintaan. Tiba-tiba suami anda terkejut melihat anda tidaklah secantik
sewaktu di alam percintaan dahulu. Tanpa mekap wajah anda biasa saja.Kajian
saya mendapati segelintir lelaki rasa tertipu pada hari kedua perkahwinannya.
Pada hari kedua dia sudah dapat melihat wajah sebenar isterinya, yang selama
ini ditopengi mekap tebal sepuluh inci?.
Kecantikan dan bercantik-cantik itu memang penting, tapi
tak usah hingga menenggelamkan wajah anda yang sebenar. Anda tentu tidak mahu
orang menggagumi anda hari ini dan esok melupakannya. Berhiaslah seadanya untuk
mencerlahkan keserian wajah.Wajah yang berseri lebih berkesan daripada wajah
buatan yang kelihatan cantik sangat. Wajah yang berseri cukup dengan mekap
seadanya.Kecantikan umpama kereta. Ketika baru dibeli, rekabentuk dan warnanya
memukau. Barunya harum dan seronok dipandu. Semakin lama semakin hilang
serinya. Jika harganya mahal orang masih terliur melihat reka bentuknya
walaupun warnanya telah mula kedam dan berdebu. Lama-lama ia tidak dipedulikan
lagi kerana model-model baru
sentiasa keluar dan kecantikan model-model baru ini sentiasa mengatasi.
Orang yang dahulunya membeli kereta berkenaan kerana cantik kini mula berfikir untuk menukarkannya.
Persoalan cantik tidak akan ada kesudahan. Yang betul, membeli untuk kegunaan
dan kekal sayang meskipun sudah ketinggalan zaman.Jika anda tidak cantik, tak
usah bersusah hati sebab tidak semua lelaki mementingkan kecantikan wajah
sebagai syarat berteman. Ada lelaki yang tidak kisah sama ada cantik atau tidak
asalkan hatinya berkenan, bersumberkan keikhlasan, budi pekerti serta pegangan
agama yang mantap.
Lelaki yang benar-benar impikan kebahagiaan lebih
mementingkan keperibadian daripada kecantikan, apalagi kecantikan luaran yang
sengaja dibina untuk memukau. Kerana
dia tahu kecantikan itu tidak kekal. Evolusi usia akan mengubahnya. Kecintaan
yang dipahatkan oleh tautan hati yang jujur lagi ikhlas menjamin kehidupan
sejahtera hingga ke penyudah.Sebaliknya, kecantikan yang terlalu diada-adakan,
akan berakhir dengan pertingkahan apabila kecantikan sudah tidak dapat dipermodalkan.
Tiada manusia boleh kekal cantik dan tiada manusia boleh kekal muda. Tiba
masanya kecantikan akan hilang dan muda bertukar tua.
Jika anda merasakan kurang cantik, ketahuilah itu hanya
persepsi anda sahaja. Ukuran cantik tidak pernah sama antara seorang dengan
seorang yang lain. Lihatlah orang yang kita rasakan langsung tidak cantik,
kadang-kadang jodohnya dengan orang hansem; hingga kita berkata dalam hati,
Buta ke dia?? Hiasi diri anda dengan keperibadian mulia, itu lebih utama untuk
seorang wanita; hiasi juga wajah anda seadanya, sebab itu lumrahnya wanita.
Usah terlalu merawat wajah nanti anda hilang identiti diri. Hargai diri kerana andalah satu-satunya; tiada duanya dan tiada
tiganya. Hanya anda!







No comments:
Post a Comment