 |
| comey x mia.... |
 |
| mia in 28th days |
Damia Izz Bella comel tak nama anak buah saya ???....hmmmm...kini mia sudah berusia 4bulan. Mia telah dilahirkan pada 14 December 2011 yang lalu. Memilki sepasang lesung pipit dikiri dan kanan menambahkan lagi kecomelan anak buah saya.Saya amat teruja dan gembira sekali dengan kehadiran anak buah saya buat pertama kalinya pada keluarga saya. Ibu saya amat gembira kerana telah memiliki seorang cucu perempuan yang amat comel. Mia sekarang ini dah pandai memberi respons apabila kita berkomunikasi seperti senyum dan ketawa. Dengan gaya rambut yang terkini botak setelah cukur jambul membuatkan anak buah saya seperti bayi lelaki.
Pada minggu yang lepas,saya telah mengikuti adik perempuan saya ke Melaka untuk membuat majlis aqiqah anaknya dirumah neneknya.Segala perancangan telah diatur dengan teliti bagi memastikan berjalan dengan lancar. Hampir kesemua sanak saudara telah berhimpun dan berkumpul bergotong-royong membuat kerja seperti mengemas rumah, membuat bunga telor, memasak,membasuh periuk,mengupas bawang, memerah santan kelapa dan lain-lain lagi.Seekor kambing telah dikorbankan pada majlis tersebut dan daging kambing tersebut kami telah masak rendang kambing. Jarangkan kita dapat makan rendang kambing dan rasanyer sungguh sedap.Ini adalah buat kali pertama saya makan rendang kambing. Selain itu, hidangan seperti ikan bawal masak sweet and sour,ayam kampung masak kari, ikan keli masak lemak serta sayur campur.
 |
| inilah olatt mia |
Semasa majlis aqiqah mia telah memakai gaun yang bewarna merah hati dan sungguh cantik. Mia tidak menangis langsung dan hanya diam sepanjang majlis dilakukan. Alhamdulilah,majlis tersebut telah selesai dengan baik. Semoga,mia menjadi anak buah yang comel dan solehah....aminnnn....
No comments:
Post a Comment