Fuhhh,penat betul semalam….bukan apa?? Seharian berjalan maner tak yerrr..pagi-pagi dah ke PKP untuk discuss group assignment untuk subjek Aplikasi Komputer. Saya bersama tiga rakan yang lain iaitu yana,zira dan hajar dtg ke PKP untuk turut bersama-sama memilih tajuk yg sesuai,membuat perbincangan dn research nanti.Kami berada di PKP hampir dua jam dan setelah selesai barulah kami bergerak ke rancangan yg seterusnya iaitu menghadiri majlis perkahwinan seorang abang rakan kuliah di bukit belimbing,Balakong.Perjalanan yg mengambil masa hampir sejam dr KL.Nasib baiklah jalan tak bergitu sesak sangat.
Sesudah sampai disana kami telah disambut mesra oleh nik untuk mengalu-alukan kedatangan kami. Tema majlis perkahwinan tersebut ialah merah dan putih dan majlis bergitu meriah kerana ramai tetamu yg hadir sambil dimeriahkan lagi dengan alunan lagu yg romantik. Kami dihidangkan dengan lauk seperti ayam masak merah,kambing,acar dan disamping pelbagai jenis ulam-ulaman.Makanan yang sederhana tp amat membuka selera dikala perut yg kosong ini. Kami juga dihidangkan dengan bubur kacang hijau dan pencuci mulut.Selesai makan dan beramah mesra kami pun bergerak untuk pulang.
Semasa perjalanan pulang, secara tidak dirancang kami telah singgah ke pusat membeli belah yg terkenal iaitu The Mines. Yelah sepanjang tinggal di kuala Lumpur saya tidak pernah berkesempatan untuk berjalan-jalan disini. Ini adalah kali pertama saya pergi The Mines dan rasa teruja dan gembira sekali dapat menjejak kaki di sini. Setelah parking,kami bersama-sama memasuki pusat membeli belah dan berjalan-jalan. The Mines sangat besar dan dipenuhi dengan pelbagai deretan kedai-kedai yang menjual barang-barang seperti pakaian,hand beg,kasut,kedai cermin mata,kedai jam,barangan elektronik dn lain-lain. Cakap saja apa yg kita mahu pasti semua ada dijual disitu dengan harga yg berpatutan.
Kami singgah sebentar untuk bersolat dn setelah selesai kami sepakat ingin menonton wayang di situ. Saya,yana,zira dn hajar telah memilih untuk menonton cerita Battleship yang sedang hangat ditayangkan. Kami sempat juga membeli popcorn dan air untuk dimakan sambil menonton wayang.Panggung ini hampir penuh dengan peminat-peminat cerita Battleship.Hampir 2jam cerita itu berlangsung dn akhirnya tamat. Memang tak rugi menonton cerita ini kerana ia amat menarik kerana terdapat pelbagai aksi robot yg canggih dan synopsis cerita yg mendebarkan.
![]() |
| Battleship |










No comments:
Post a Comment