Tuesday, 24 April 2012

Cantik itu penting tetapi tidak usah terlalu dipentingkan


Cantik itu penting tetapi tidak usah terlalu dipentingkan. Ada orang hingga tidak sanggup keluar dari rumah kerana merasakan dirinya tidak cantik. Bagi wanita kecantikan adalah syarat hidup sempurna, sebenarnya bagi lelaki wanita cantik bukan syarat kebahagiaan.Lelaki yang mudah terpegun dengan kecantikan selalunya tidak setia. Apabila pasangannya mula kelihatan hodoh, dia mudah terkalih perasaan. Tika itu dia mungkin merasakan cintanya telah tawar dan hanya manis kembali tatkala melihat wanita-wanita cantik di sekelilingnya.

Tidak usah perangkap lelaki dengan kecantikan anda yang palsu. Ramai wanita menghiasi wajahnya terlalu hingga memangsakan ramai lelaki tetapi kemudian ditinggalkan setelah wajah sebenar terserlah. Sudah tentu anda tidak mampu bersolek tebal 24 jam. Tapi itulah yang anda lakukan tatkala di alam percintaan. Tiba-tiba suami anda terkejut melihat anda tidaklah secantik sewaktu di alam percintaan dahulu. Tanpa mekap wajah anda biasa saja.Kajian saya mendapati segelintir lelaki rasa tertipu pada hari kedua perkahwinannya. Pada hari kedua dia sudah dapat melihat wajah sebenar isterinya, yang selama ini ditopengi mekap tebal sepuluh inci?.

Kecantikan dan bercantik-cantik itu memang penting, tapi tak usah hingga menenggelamkan wajah anda yang sebenar. Anda tentu tidak mahu orang menggagumi anda hari ini dan esok melupakannya. Berhiaslah seadanya untuk mencerlahkan keserian wajah.Wajah yang berseri lebih berkesan daripada wajah buatan yang kelihatan cantik sangat. Wajah yang berseri cukup dengan mekap seadanya.Kecantikan umpama kereta. Ketika baru dibeli, rekabentuk dan warnanya memukau. Barunya harum dan seronok dipandu. Semakin lama semakin hilang serinya. Jika harganya mahal orang masih terliur melihat reka bentuknya walaupun warnanya telah mula kedam dan berdebu. Lama-lama ia tidak dipedulikan lagi kerana model-model baru sentiasa keluar dan kecantikan model-model baru ini sentiasa mengatasi.

Orang yang dahulunya membeli kereta berkenaan kerana cantik kini mula berfikir untuk menukarkannya. Persoalan cantik tidak akan ada kesudahan. Yang betul, membeli untuk kegunaan dan kekal sayang meskipun sudah ketinggalan zaman.Jika anda tidak cantik, tak usah bersusah hati sebab tidak semua lelaki mementingkan kecantikan wajah sebagai syarat berteman. Ada lelaki yang tidak kisah sama ada cantik atau tidak asalkan hatinya berkenan, bersumberkan keikhlasan, budi pekerti serta pegangan agama yang mantap.

Lelaki yang benar-benar impikan kebahagiaan lebih mementingkan keperibadian daripada kecantikan, apalagi kecantikan luaran yang sengaja dibina untuk memukau. Kerana dia tahu kecantikan itu tidak kekal. Evolusi usia akan mengubahnya. Kecintaan yang dipahatkan oleh tautan hati yang jujur lagi ikhlas menjamin kehidupan sejahtera hingga ke penyudah.Sebaliknya, kecantikan yang terlalu diada-adakan, akan berakhir dengan pertingkahan apabila kecantikan sudah tidak dapat dipermodalkan. Tiada manusia boleh kekal cantik dan tiada manusia boleh kekal muda. Tiba masanya kecantikan akan hilang dan muda bertukar tua.

Jika anda merasakan kurang cantik, ketahuilah itu hanya persepsi anda sahaja. Ukuran cantik tidak pernah sama antara seorang dengan seorang yang lain. Lihatlah orang yang kita rasakan langsung tidak cantik, kadang-kadang jodohnya dengan orang hansem; hingga kita berkata dalam hati, Buta ke dia?? Hiasi diri anda dengan keperibadian mulia, itu lebih utama untuk seorang wanita; hiasi juga wajah anda seadanya, sebab itu lumrahnya wanita. Usah terlalu merawat wajah nanti anda hilang identiti diri. Hargai diri kerana andalah satu-satunya; tiada duanya dan tiada tiganya. Hanya anda!

Monday, 23 April 2012

Jalan-jalan cari makan,tengok wayang dan buat kerja kursus

Fuhhh,penat betul semalam….bukan apa?? Seharian berjalan maner tak yerrr..pagi-pagi dah ke PKP untuk discuss group assignment untuk subjek Aplikasi Komputer. Saya bersama tiga rakan yang lain iaitu yana,zira dan hajar dtg ke PKP untuk turut bersama-sama memilih tajuk yg sesuai,membuat perbincangan dn research nanti.Kami berada di PKP hampir dua jam dan setelah selesai barulah kami bergerak ke rancangan yg seterusnya iaitu menghadiri majlis perkahwinan seorang abang rakan kuliah di bukit belimbing,Balakong.Perjalanan yg mengambil masa hampir sejam dr KL.Nasib baiklah jalan tak bergitu sesak sangat.
Sesudah sampai disana kami telah disambut mesra oleh nik untuk mengalu-alukan kedatangan kami.  Tema majlis perkahwinan tersebut ialah merah dan putih dan majlis bergitu meriah kerana ramai tetamu yg hadir sambil dimeriahkan lagi dengan alunan lagu yg romantik. Kami dihidangkan dengan lauk seperti ayam masak merah,kambing,acar dan  disamping pelbagai jenis ulam-ulaman.Makanan yang sederhana tp amat membuka selera dikala perut yg kosong ini. Kami juga dihidangkan dengan bubur kacang hijau dan pencuci mulut.Selesai makan dan beramah mesra kami pun bergerak untuk pulang.

Semasa perjalanan pulang, secara tidak dirancang kami telah singgah ke pusat membeli belah yg terkenal iaitu The Mines. Yelah sepanjang tinggal di kuala Lumpur saya tidak pernah berkesempatan untuk berjalan-jalan disini. Ini adalah kali pertama saya pergi The Mines dan rasa teruja dan gembira sekali dapat menjejak kaki di sini. Setelah parking,kami bersama-sama memasuki pusat membeli belah dan berjalan-jalan. The Mines sangat besar dan dipenuhi dengan pelbagai deretan kedai-kedai yang menjual barang-barang seperti pakaian,hand beg,kasut,kedai cermin mata,kedai jam,barangan elektronik dn lain-lain. Cakap saja apa yg kita mahu pasti semua ada dijual disitu dengan harga yg berpatutan.

Kami singgah sebentar untuk bersolat dn setelah selesai kami sepakat ingin menonton wayang di situ. Saya,yana,zira dn hajar telah memilih untuk menonton cerita Battleship yang sedang hangat ditayangkan. Kami sempat juga membeli popcorn dan air untuk dimakan sambil menonton wayang.Panggung ini hampir penuh dengan peminat-peminat cerita Battleship.Hampir 2jam cerita itu berlangsung dn akhirnya tamat. Memang tak rugi menonton cerita ini kerana ia amat menarik kerana terdapat pelbagai aksi robot yg canggih dan synopsis cerita yg mendebarkan.

Battleship
Akhirnya, saya sampai ke rumah tepat pukul 6ptg dn walaupun tidak sempat untuk berjalan-jalan lagi insyaallah jika ada masa pasti saya akan kembali semula ke sini.

Sunday, 15 April 2012

Flamming Steamboat


Alhamdulilah…kenyang sudah..betul-betul ,melantak nih….macam-macam ada sampai rambang mata dibuatnya…tak tahu mana satu nak pilih…pening lalat jugak dibuatnya…hehehe..di flaming steamboat terdapat hampir lebih 20 jenis makanan laut yg terdapat disitu…dijamin halal…mesti bestkan…tak bestlah kalu pergi sorang-sorang…so,apa lagi saya pun pergi ke flamming steamboat bersama rakan-rakan yang tersayang…Bila lagi nak makan puas-puas setelah penat berkerja seharian dipejabat…inilah masanya untuk saya berlibur sambil menikmati steamboat yang lazat. 
yummy...yummy...jemput makan semua...


Di flamming steamboat terdapat pelbagai jenis pilihan makanan seperti ketam,udang,pelbagai jenis shell,sotong,ayam dan lain-lain lagi. Terdapat juga pelbagai jenis yong tau foo,cendawan,jagung,ikan pun ada seperti ikan keli dan ikan pari. Disitu,terdapat juga hidangan buffet bagi nasi goreng,mee goreng,wedges,sosej dan nugget dan sebagainya.Pelbagai jenis air yang disediakan seperti lai cee kang,air manis dan air bergas…tak dilupakan jugak dessert section…wow memang kelas gitu...ada pelbagai jenis aiskrim,mashmellow dan buahan-buahan segar.

taraaaa...

bersama kawan-kawan

Kami memang enjoy dan makanan pun memang sedapp….puas hatilaah…boleh makan sampai kenyang dan berulang-ulang…asalkan bayar….hikhikhikhik….Suasana disitu amat santai dan selesa….amat luas dan bersih tempatnyaa…sesuai untuk kita bawa ahli keluarga tersayang bersama….so,aper lagi……..

terbaek punyer!!!!!

licin.....

Saturday, 14 April 2012

Disneyland oh Disneyland

Disneyland Hong Kong
       Come experience the magic!!! Wah dah mcmang best gelerr…teruja sangat dapat pergi ke Hong Kong Disneyland…mahu tak yer bukan senang dapat peluang sebegini rupa…FYI,di Hong Kong Disneyland terletak di pulau Lantau..dan hanya 25minutes sahaja untuk kesini dengan menaiki MTR…

Dipintu masuk Disneyland
 
     Saya amat bertuah kerana dapat menyertai percutian yang ditaja oleh pihak KOWAJA…bestkan…kami telah menaiki flight Air Asia di LCCTerminal …Kalu uoollss nak tahu taman tema Disneyland Hong Kong merupakan taman tema yang paling popular di Asia selain di Jepun. Disneyland Hong Kong tidak banyak bezanyaa dengan taman tema yg lain selain itu tempat ini dipenuhi dengan pelbagai tempat permainan yg menarik.Pada setiap hari tempat ini akan dipenuhi oleh ramai pelancong dari seluruh dunia. 

    Di Hong Kong Disneyland cuaca amat sejuk dan nyaman…..memang teruja kerana dapat menjejakkan kaki di kota ini yang menjadi idaman setiap orang….setelah menjejakkan kaki kami perlu melalui spotcheck sebelum memasuki taman tema tersebut…Di Disneyland ia amat besar dan terbahagi kepada 4 bahagian utama seperti Main Street U.S.A,Adventureland,Fantasyland dan Tomorrowland, Sebelum mengunjungi tempat ini, kami semua akan menaiki keretapi yang akan membawa kami berjalan-lalan ke setiap pit stop di Disneyland.
Welcome to Hong Kong Disneyland

sekitar pemandangan di Disneyland
Di Main Street U.S.A merupakan Bandar lama American yang berusia 20an dan disinilah terdapat perarakan secara live yang amat best…mereka berarak disepanjang jalan sambil membuat pertunjukan…amat meriah sekali…wow…dimalam hari pula saya dapat menikmati keseronakkan pertunjukan bunga api yang ditunggu-tunggu oleh semua pengunjung.
 
Adventureland
Adventureland….hmmmm….tempat ini memang best sangat kerana terdapat pertunjukan muzikal secara live the Festival of Lion King.Ia merupakan musical show yang menyediakan penari dengan kostum yang hebat dan persembahan api dan acrobatics…Tak tahu nak cakap aper…tp memang best…Saya juga berkempatan mengunjungi Fantasyland kerana dapat menyaksikan karektor kartoon yang terkenal di dunia seperti Mickey and Minnie mouse, Toy Story,Lilo and Stitch dan banyal lagi. Di situ, mereka mengadakan teater broadway muzikal “The Golden Mickeys”….memang beruntung sangat dapat menikmati persembahan ini….memang ramai sangat pengunjung...

inilah saya...
 
Setelah penat berjalan,saya juga berehat sambil menikmati jagung panas…susah jugak nak mencari makanan halal…huhuhu…harga makanan agak mahal didalam taman tema..disetiap penjuru terdapat kedai menjual cenderamata…tanpa melepaskan peluang apa lagi waktu yang ditunggu-tunggu…..shopping time…..hehe….terdapat pelbagai cenderahati yang boleh dibeli dari keychain,baju t-shit,payung,alat tulis,handbeg,topi,alat kelengkapan rumah….bak kata semua ada…original tau dari Disneyland hong kong lagi…..Walaupun ramai pengunjung, ia tidak mematahkan semangat saya untuk berjalan-jalan sambil menikmati permainan yang hebat.

semasa perarakan

goofy dan donald duck
Sebelum pulang ke hotel,saya juga berkesempatan bergambar dengan kawan-kawan Disney yang amat comel secara personel seperti Mickey,Minnie,Goofy,Pluto,Chip nd Dale,Winnie the pooh dan banyak lagi…..so,aper lagi marilah datang kesini untuk merasai sendiri kenikmatan berada di Hong Kong Disneyland……

winnie the pooh

permainan yang cool




Assignment EPPD1063

<iframe src="https://docs.google.com/viewer?authuser=0&srcid=0BwgEUL1fLTveMVRMcjU1bUtKYjA&pid=explorer&a=v&chrome=false&embedded=true" width="640" height="480"></iframe>

Sunday, 8 April 2012

Damia Izz Bella

comey x mia....

mia in 28th days
Damia Izz Bella comel tak nama anak buah saya  ???....hmmmm...kini mia sudah berusia 4bulan. Mia telah dilahirkan pada 14 December 2011 yang lalu. Memilki sepasang lesung pipit dikiri dan kanan menambahkan lagi kecomelan anak buah saya.Saya amat teruja dan gembira sekali dengan kehadiran anak buah saya buat pertama kalinya pada keluarga saya. Ibu saya amat gembira kerana telah memiliki seorang cucu perempuan yang amat comel. Mia sekarang ini dah pandai memberi respons apabila kita berkomunikasi seperti senyum dan ketawa. Dengan gaya rambut yang terkini botak setelah cukur jambul membuatkan anak buah saya seperti bayi lelaki.

Pada minggu yang lepas,saya telah mengikuti adik perempuan saya ke Melaka untuk membuat majlis aqiqah anaknya dirumah neneknya.Segala perancangan telah diatur dengan teliti bagi memastikan berjalan dengan lancar. Hampir kesemua sanak saudara telah berhimpun dan berkumpul bergotong-royong membuat kerja seperti mengemas rumah, membuat bunga telor, memasak,membasuh periuk,mengupas bawang, memerah santan kelapa dan lain-lain lagi.Seekor kambing telah dikorbankan pada majlis tersebut dan daging kambing tersebut kami telah masak rendang kambing. Jarangkan kita dapat makan rendang kambing dan rasanyer sungguh sedap.Ini adalah buat kali pertama saya makan rendang kambing. Selain itu, hidangan seperti ikan bawal masak sweet and sour,ayam kampung masak kari, ikan keli masak lemak serta sayur campur.
inilah olatt mia

Semasa majlis aqiqah mia telah memakai gaun yang bewarna merah hati dan sungguh cantik. Mia tidak menangis langsung dan hanya diam sepanjang majlis dilakukan. Alhamdulilah,majlis tersebut telah selesai dengan baik. Semoga,mia menjadi anak buah yang comel dan solehah....aminnnn....

Tentang diri saya (:

Assalamualaikum :)




Hi , ini adalah pertama kali saya membuat blog . Pertama , saya ingin memperkenalkan diri saya terlebih dahulu . Nama saya Nor Fazilah Binti Che Fazin . Umur saya 27 tahun , masih muda kan ? Hehe . Kalau nak tahu , hari lahir saya jatuh pada hari MALAYSIA iaitu pada 16 september. Oleh itu , pada setiap sambutan hari Malaysia , kita semua akan bercuti dan berehat . Beruntung kan saya ? :) Saya tinggal di Sungai Cincin , Gombak . Saya mempunyai 3 orang adik beradik . 2 perempuan dan 1 lelaki . Saya merupakan anak sulung daripada 3 adik beradik . Ibu saya merupakan suri rumah sepenuh masa dan merupakan tulang belakang kami sekeluarga. Untuk pengetahuan semua , ayah saya yang amat disayangi dan dikasihi  telah meniggal dunia pada tahun 2005 (sedekahkan Al-fatihah) kami sekeluarga amat sedih atas pemergian ayah saya .Kini saya telah bergelar sebagai Mak Long kerana mempunyai seorang anak buah buat pada pertama kalinya. Sungguh comel dan tersentuh melihat keletahan anak buah saya. 



My Collection Department
Saya telah bekerja di Koperasi Kowaja selama 6 tahun sebagai pegawai kutipan . Koperasi Kowaja merupakan sebuah syarikat yang memberikan pinjaman peribadi kepada kakitangan kerajaan dan pihak swasta .Saya amat gembira dengan kerjaya yang saya miliki  sekarang . Kerjaya saya sebagai pegawai kutipan menuntut saya untuk membuat laporan kewangan kepada pengurus dan pihak pengurusan . Pekerjaan ini agak mencabar bagi saya untuk memastikan segala pembayaran dapat dilaksanakan setiap bulan mengikut potongan gaji mereka . Apa pun , saya  bersyukur dan berterima kasih atas rezeki yang telah Allah berikan kepada saya.


The prizes
Membaca novel,menonton wayang,bermain bowling serta bermain futsal menrupakan aktiviti kegemaran saya diwaktu lapang.Penulis novel yang paling saya minati ialah Siti Rosmizah dan hampir kesemua novel oleh beliau saya telah memilkinya.Saya amat tertarik dengan cara penulisan dalam karya beliau.Antara koleksi novel beliau yang saya miliki ialah Cinta Kau dan Aku, Andai itu Takdirnya dan novel beliau yang paling laris dipasaran ialah 7hari mencari cinta.Aktiviti lain seperti menonton wayang dan bermain bowling  serta futsal merupakan aktiviti bulanan bersama kawan-kawan saya. Pada kebiasanya kami akan bersama-sama akan menluangkan masa untuk keluar dan berlibur. Dengan aktiviti ini,saya dapat merapatkan hubungan kami dengan bertukar pendapat,cerita serta berkongsi pengalaman selain dapat mengekalkan stamina.

my team bowling :)
My futsal team

Champion team , huhu .